Monday, August 25, 2008

INTERESTING ARTICLE

I must say that I was impressed with the opinion of Ahmad Khawari of the Berita Harian when summing up the Malaysian Football for the recently concluded season. His thoughts will not doubt upset some in the industry but if improvement of Malaysian Football is what is paramount, then we should thank Ahmad Khawari instead of getting upset with the article ( which appeared in Berita Harian on August 25, 2008)


I reproduce (without permission I must admit) the article for those who may have missed it.

Piala Malaysia bagai hilang keajaiban
Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my
Saingan kali ini catat penonton terendah pernah disaksikan

HAMPIR separuh ruang kosong di Stadium Nasional, malam kelmarin, mencetus tanda tanya - apakah Piala Malaysia sudah hilang keajaibannya?

Fakta tidak pernah menipu, dan realiti harus diakui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah seluruh kancah musim Piala Malaysia kali ini harus diingati sebagai menghasilkan antara jumlah penonton terendah pernah disaksikan.

Tudingan jari tidak boleh dipaling ke arah berbeza, sebaliknya harus menunjuk kepada diri sendiri kerana badan induk itu yang memilih memperjudikan martabat saingan tertua itu tanpa usul periksa.

Bukan rahsia, kemeriahan temasya Sukan Olimpik di Beijing masih terasa. Itu satu faktornya. Tetapi pedulikah FAM? Jika diambil kira tindakan memperjudikan final Piala FA di tengah-tengah kancah Euro 2008 lalu, ia jadi bukti badan induk itu tidak pernah ambil peduli.

Kesalahan perancangan itu harus dipikul Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM - jawatankuasa awalnya menjanjikan pengendalian lancar, tetapi kembali dibelenggu jumlah pindaan perlawanan hampir sama banyaknya ketika dikemudi nakhoda lalu.

Malah jawatankuasa itu juga bakal dipertanggungjawabkan memadam saki baki keghairahan Piala Malaysia ekoran keputusan membenarkan semua 16 ahli gabungan bertanding dalam saingan paling berprestij itu, musim depan.

Isyarat yang dihantar begitu jelas - bukan merit prestasi jadi ukuran, sebaliknya hubungan sesama sendiri lebih dipentingkan tanpa mengambil kira apa jadi terhadap usaha meningkatkan tahap bola sepak negara.

Itu juga kaitannya apabila FAM memutuskan untuk mengharamkan penyertaan pemain import, musim depan. Ia berpunca kerana ada ahli gabungan tidak mampu, lantas semua yang lain juga tidak harus dibenarkan memiliki khidmat sebegitu.

Sekretariat badan induk itu pula tampak kelam kabut pengurusannya.

Contohnya ialah ada amaran ahli gabungan akan dikenakan tindakan jika tidak mencarum pendapatan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), padahal antara puncanya ialah wang subsidi tahunan yang lambat pula dikeluarkan.

Itu belum dikira lagi cerita hutang FAM hampir RM1 juta kepada syarikat pembekal tiket-tiket perlawanan Liga Malaysia.

Hubungan dingin sekretariat FAM dengan penaja, juga bukan rahsia. Jika tidak, takkanlah penaja hanya dijemput pada saat akhir ke kongres badan induk itu apabila ada yang baru ‘teringat’ pentingnya kehadiran mereka.

Campurkanlah pula sikap angkuh segelintir pegawai sekretariat terhadap media massa, yang dianggap mereka sebagai ‘gangguan tidak perlu’, maka lengkaplah musim caca marba buat badan induk itu, musim ini.

Satu edisi kongres sudah berlalu sejak pucuk pimpinan baru FAM dipilih, September tahun lalu. Mungkin sudah tiba masa angin perubahan sebenar, cuba dijanakan.