Question marks have been raised with regards to Robert Alberts, the Technical Director of FAM in an article in the Berita Harian today. The writer, who is well versed in Malaysian sports, has raised some pertinent questions which I am certain Robert will be able to respond to. Below is part of the article that appeared in the Berita Harian today, (July 24).
Apa yang penulis mahu sentuh ialah jawapan Pengarah Teknikal FAM, Robert Alberts, bahawa Korea Selatan - negara moden dan antara kuasa utama bola sepak Asia - memberi alasan tidak cukup peralatan dan kemudahan logistik untuk melayan kem latihan skuad negara sebagai persiapan ke Piala Asia, Mei lalu.
Itu memang sesuatu sukar diterima akal, kerana Korea bukannya negara mundur dan tidak punya kemudahan langsung. Mungkin betul tanggapan bahawa sebenarnya Alberts mencari alasan, kerana lebih sibuk dengan sesuatu yang bukan tugasnya - mengatur persiapan skuad bawah 16 tahun negara ke Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di Brickendonbury, England.
Penulis tertanya-tanya, mengapa Alberts menyibuk dengan kunjungan ke Brickendonbury? Bukankah Brickendonbury dan skuad bawah 16 ataupun 15 tahun itu di bawah jagaan Jabatan Belia dan Jawatankuasa Pembangunan Belia FAM, bukannya Jawatankuasa Teknikal yang mengawal tingkah laku Alberts?
Penulis hairan, mengapa sibuk sangat dengan Brickendonbury ketika banyak lagi tanggungjawab belum dibuatnya? Adakah kerana mahu membantu Institut Sukan Negara (ISN) mendapatkan kelulusan Majlis Hertfordshire Timur bagi pengubahsuaian TARRC? Ataupun kerana Alberts 'orang asing', jadi lebih senang kata-katanya dipercayai orang penting bagi menutup kelewatan ISN memulakan kerja-kerja pengubahsuaian itu?
Apa sekalipun alasannya, Alberts kini jadi contoh sikap FAM yang tidak peduli dan tidak teliti mengawal kerjanya. Mengapa penulis kata begitu? Kerana pada awal dia dilantik, hujung 2005 lalu, Alberts menjanjikan 'road map' (pelan dasar) untuk merencanakan kebangkitan bola sepak negara secara menyeluruh.
Kini sudah hampir dua tahun, bayang pelan itu masih belum kelihatan. Apakah Alberts menyimpannya sebagai alasan memastikan kontraknya, yang akan tamat hujung tahun ini, disambung lagi oleh FAM? Apakah tiada orang kuat FAM peduli mengenai keadaan ini?
Atau mungkinkah Alberts punya kabel cukup kuat hinggakan tidak perlu menyudahkan apa yang dijanji kerana kontraknya tetap akan diperbaharui?
Pelik bunyinya, Alberts berani menyatakan skuad bawah 19 tahun negara yang akan beraksi di Kejohanan Piala Juara-juara Belia (CYC) hanya ditubuhkan dua minggu lalu, sedangkan pertandingan itu sudah lama diketahui akan dilangsungkan di Malaysia. Apakah ini alasan awal seandainya skuad itu dibelasah?
Tambah aneh, Alberts boleh membawa skuad yang salah yang terdiri daripada pemain pasukan bawah 20 tahun untuk berlatih di Thailand, baru-baru ini ketika semua orang tahu CYC adalah bagi pemain bawah 19 tahun.