The heading simply means double standards. And that is what Malaysia's top Malay daily tabloid Harian Metro is implying on the Badminton Association of Malaysia.
The fact that BAM has some preferred players has been obvious but the main stream papers have been somewhat cajoled into not writing the truth. There are so many "little napoleons" with BAM that one can be forgiven if the phrase warlord and godfathers is used to describe ongoings in sports scenario.
The article meanwhile outlines the fact that players are punished just because they are aligned to a private club, KLRC in particular, and while all kind of rules of engagement are used against players donning the KLRC name, some others are treated with tender gloves, akin to these players having some kind of special protection.
Yes, BAM will come out with all sorts of theories and denials, yet how will they evade this scenario, especially since a statement was made on TV that World Junior Champion Zulfadli Zulkifli will not find a place in the Thomas Cup squad.
Now I wonder what criteria was used to determine this when the same person came out and said that the performances of the last six months will count towards determining the Thomas and Uber Cup squads. So how is it that Julia Wing is not being considered although she has a higher ranking then some BAM players.
The best should represent the country, that we all agree, but not TWO people in BAM. They play politics and have vested interests, simple. Who cares about their so called motto that they have been serenading all the while - in the interest of the nation, what a load of bull.
ADAKAH Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengamalkan sistem ‘'pilih
kasih’ terhadap pemain yang keluar meninggalkan badan induk badminton
negara itu, apabila dengan sengaja menetapkan syarat berbeza.
Contoh terbaik isu Tan Chun Seang yang diharamkan menyertai
kejohanan di Asia selepas bertindak keluar dari BAM manakala hak Gan
Teik Chai-Tan Bin Shen dirampas daripada beraksi di Kejohanan Dunia 2010
yang sehingga kini dikatakan masih belum ada penyelesaian selain isu
pelbagai syarat dikenakan terhadap Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari
andai mereka ingin berlatih bersama skuad negara di Bukit Kiara secara
berkala.
Syarat yang dikenakan terhadap lima pemain disebutkan itu sekadar contoh yang mungkin dihadapi lebih ramai pemain sebelum ini tetapi yang menjadi kemusykilan mengapa gandingan adik-beradik Ng Hui Lin-Ng Hui Ern bebas berlatih bersama skuad negara meskipun sudah keluar dari BAM.
Apakah kerana ada ‘payung’ besar yang memayungi sehingga BAM
tidak berani mengatakan tidak kepada mereka? Hui Lin-Hui Ern,
kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom pulang
bercuti di tanah air bebas berlatih tanpa syarat di Bukit Kiara tidak
seperti pemain yang disebutkan tadi.
Hui Lin yang ditemui mengakui BAM tidak meletakkan syarat untuk dia menjalani latihan di Bukit Kiara setiap kali pulang ke Malaysia.
“Saya dan Hui Ern seperti sebelum ini, menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan tapi kami bukan lagi bernaung di bawah BAM,” kata Hui Lin.
Meskipun dua adik-beradik ini tidak bernaung di bawah mana-mana
kelab atau persatuan lain, mereka tetap mengikuti pertandingan di Eropah
dalam tempoh melanjutkan pelajaran.
Perbezaan antara dua beradik ini dengan pemain yang lain hanyalah status majikan (kelab). Mungkin mereka tidak perlukan majikan kerana ada ibu bapa yang berkemampuan untuk membiayai mereka.
Apapun, hakikatnya Hui Lin-Hui Ern sudah keluar dari BAM dan hal
itu disahkan sendiri Pengurus Besar BAM, Kenny Goh yang mengatakan
kedua-dua pemain terbabit meninggalkan badan induk badminton negara,
Oktober lalu tetapi masih mendapat hak berlatih di Bukit Kiara tanpa
syarat.
Tidak dinafikan tidak ada salahnya untuk Hui Lin-Hui Ern berlatih bersama skuad kebangsaan meskipun mereka tidak lagi bernaung di bawah BAM tetapi mengapa pemain lain dikenakan pelbagai syarat.
Adik-beradik itu yang melanjutkan pelajaran di Universiti Larborough dalam jurusan ekonomi mengambil bahagian dalam Kejohanan Antarabangsa Wales dan Ireland dan muncul juara dalam acara beregu wanita di kedua-dua kejohanan terbabit.
Seperti pernah ditegaskan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai sebelum ini, dua beradik itu tetap dianggap atlet kebangsaan, namun menjadi persoalan mengapa kedua-duanya tidak menggunakan jersi Malaysia ketika bertanding di Eropah? “Kami bertanding di Eropah dengan menggunakan nama Malaysia tapi kami tidak menggunakan jersi negara,” akur Hui Lin.
Jika benar mereka masih dianggap atlet kebangsaan seharusnya ada penetapan supaya mereka mengikut garis panduan ditetapkan ketika mewakili negara oleh BAM.