Read the story that appeared in Berita Minggu today, Sunday, 19 September. Wee itl is obvious that NSC owes the money but perhaps the DG will come out with guns blazing tomorrow and claim that they are being owed or something to the effect that the paperwork is not in order, mind you owing OCM is a big deal though.
Ok here is a solution as to how to pay those who NSC allegedly owe. Just ensure only accredited officials are on the plane to New Delhi and Ghuangzhou and not those who are going to be given media accreditation as I hear for some NSC officials who are going to the Commonwealth Games. A case for SAM to look into as it's a miss use of media accreditation.
Just how much does NSC spend on these officials who go to the multi sports events on the pertext of monitoring athletes, a practice that has been abused for quite some time now. Will the NSC make public the names of those who are going and their job description and the OCM also shed light on how accreditation is being handled as in the past it was very strict.
Well here is the BH story and read it and judge for yourself...
Semalam, beberapa persatuan sukan lagi mengesahkan hampir semua hutang berkenaan adalah dalam bentuk tunggakan tuntutan membiayai program, seminar dan penghantaran atlit bertanding ke luar negara yang diluluskan MSN.
Mereka mendakwa kegagalan MSN melunaskan hutang menyebabkan banyak program dan aktiviti terjejas, hingga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan dana untuk membiayainya.
Penolong Bendahari MOM, Rosmanizam Abdullah, berkata hingga setakat ini, MSN belum melangsaikan bayaran berjumlah RM1.2 juta bagi kos pembiayaan atlit ke Sukan SEA Laos, tahun lalu.
“Walaupun jumlah tunggakan hutang itu besar tetapi kami bernasib baik mempunyai tabungan untuk memastikan penghantaran atlit beraksi terutama dalam Sukan Komanwel dan Asia tidak terjejas,” katanya.
Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk A Sani Karim, mendakwa MSN mempunyai hutang beratus ribu dengan badan induk itu sejak 2006 tetapi hingga hari ini, ia masih belum dilangsaikan.
“Walaupun sudah beberapa kali akaun dibuka dan ditutup, ia belum dilunaskan. Kita harap mereka dapat langsaikan segera bagi membolehkan kami terus menjalankan aktiviti dan program yang sudah diatur,” katanya.
Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Datuk Dr Zakaria Ahmad pula mendedahkan MSN masih berhutang RM80,000 dengan persatuan itu, sekali gus menyebabkan mereka menangguhkan beberapa program yang sudah dirancang sejak awal.
“Kita sudah beberapa kali meminta MSN melunaskan bayaran itu tetapi MSN minta kami menggunakan duit sendiri terlebih dulu. Macam mana kami hendak gunakan duit sendiri sedangkan kami persatuan miskin yang bergantung kepada peruntukan MSN,” katanya.