KELAB-KELAB dalam saingan Liga Divisyen Dua Slovakia, Liga 1 mungkin menganggap perlawanan menentang skuad bawah 21 tahun (B-21) negara atau Harimau Muda A seka- dar aksi pemanas badan.
Ini kerana, skuad Harimau Muda A hanya menyertai Liga 1 untuk baki 14 perlawanan tatkala baki 11 pasukan lain masing-masing sudah beraksi sama ada 17 atau 18 perlawanan dalam saingan liga tiga pusingan itu yang sudah pun bermula sejak 11 Julai lalu.
Namun, bagi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, status skuad Harimau Muda A yang tampil beraksi pada pertengahan saingan Liga 1 itu tidak harus diperle- kehkan kerana apa yang penting mereka mendapat perlawanan kompeti- tif serta pendedahan terbaik.
"Kita sebenarnya masih dapat beraksi untuk baki 14 perlawanan. Walaupun kita mungkin tidak dikira bersaing untuk kutipan mata tetapi seku- rang-kurangnya pemain muda kita dapat bermain di sana dan mendapat pendedahan.
"Saya akan ke Slovakia untuk membincangkan hal-hal teknikal pada 9 Februari ini dan mungkin pada 14 Februari, saya akan buat sidang media untuk memberi gambaran lebih jelas mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Azzuddin turut memberitahu bahawa barisan 25 pemain skuad Hari- mau Muda A bersama tiga jurulatih- nya akan berlepas ke Slovakia pada 19 Februari ini dan mempunyai kira-kira seminggu persiapan sebelum aksi sulung bertemu Slovan Duslo Sala pada 27 Februari.
"Lima pemain Harimau Muda B (skuad B-19 negara bimbingan Ong Kim Swee) akan diserapkan ke dalam skuad ini untuk melengkapkan jumlah 25 pemain.
"Tiga pegawai yang akan ke Slova- kia pula ialah Azraai Khor Abdullah (ketua jurulatih), Azman Eusoff (penolong jurulatih) dan P. Mohana Sundram (jurulatih penjaga gol)," jelas Azzuddin.
Ditanya adakah barisan pemain Harimau Muda A akan dilepaskan untuk menyertai Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka dari 10 hingga 19 Jun depan, Azzuddin berkata: "Buat masa ini tidak. Mereka ini akan bersama sebagai satu pasukan dan mempunyai program berterusan sepanjang tahun."
Skuad Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga 1 dari 27 Februari ini hingga 29 Mei depan.